![]() |
| Pondok PPDK |
Harmoni.Serasi | desa.kenari@gmail.com | No. Pendf 006-10-Sel
Isnin, 15 Disember 2014
Rabu, 3 Disember 2014
Selasa, 2 Disember 2014
Quranic Gen Y - Tahsin Alquran untuk Remaja DK bermula 1 Disember 2014
Pada hari semalam, Isnin 1 Disember 2014 telah dimulakan program Tahsin Al-quran untuk remaja DK. Program ini akan berlangsung pada Isnin dan Rabu pada minggu-minggu cuti sekolah.
Tahniah diucapkan kepada anak-anak remaja DK berumur 13-17 tahun yang telah mendaftarkan diri mengikuti program ini.
Tahniah diucapkan kepada anak-anak remaja DK berumur 13-17 tahun yang telah mendaftarkan diri mengikuti program ini.
Jumaat, 16 Ogos 2013
Khamis, 15 Ogos 2013
Program Ziarah Syawal 1434H aka Baraan
Salam Syawal 1434H,
PPDK akan menganjurkan program ziarah rumah ke rumah bersempena sambutan Hari Raya di bulan Syawal 1434H. Untuk itu para penduduk yang ingin turut serta di minta untuk mendaftar secara :
PPDK akan menganjurkan program ziarah rumah ke rumah bersempena sambutan Hari Raya di bulan Syawal 1434H. Untuk itu para penduduk yang ingin turut serta di minta untuk mendaftar secara :
SMS <nama> jarak <alamat>
hantarkan ke 013-6226224 (whatsapp) sebelum Jumaat, 16 Ogos 2013.
Semoga amalan ini akan mengeratkan ukhuwwah kita di Desa Kenari
Buletin PPDK 2/2013 Ogos Raya
Buletin PPDK 2/2013 telah diedarkan sebelum cuti hari raya 1434H yang lepas. Walau bagaimanapun penduduk DK yang masih tidak mendapatkannya boleh memuat-turun versi pdf di ruangan Dokumen.
Terima kasih.
Terima kasih.
Blog PPDK - Kembali pulih...
Setelah mengalami gangguan connection buat beberapa lama. Blog PPDK telah berjaya dipulihkan dan akan diupdate seperti sebelumnya. Banyak cerita-cerita tertangguh berkenaan DK dan PPDK yang akan dimuatkan. Terima kasih atas kesabaran anda!
Jumaat, 10 Mei 2013
Khamis, 9 Mei 2013
Notis Panggilan Mesyuarat PPDK 2/2013
Kepada : Semua AJK PPDK 2013-2015
Tarikh : Jumaat, 10 Mei 2013
Masa : 9.00 pm
Tempat : Darul Aqiq, No. 1, Jalan Kenari 1B/1 (Rumah SU)
Agenda :
1. Ucapan Pengerusi PPDK.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat PPDK 1/2013.
Nazre bin Abdul Rashid
SU (013-6226224 - whatsapp)
Kepada : Semua AJK PPDK 2013-2015
Assalamu’alaikum wbt
Tuan/Puan/Encik/Cik,
Satu mesyuarat akan dilangsungkan seperti butiran di bawah :
Tarikh : Jumaat, 10 Mei 2013
Masa : 9.00 pm
Tempat : Darul Aqiq, No. 1, Jalan Kenari 1B/1 (Rumah SU)
Agenda :
1. Ucapan Pengerusi PPDK.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat PPDK 1/2013.
3. Perbincangan Memorandum Perlaksanaan Mesyuarat PPDK 1/2013.
4. Perbincangan Geran ROS.
5. Perbincangan Aktiviti Biro-biro.
6. Hal-hal lain.
Yang menjalankan tugas
Yang menjalankan tugas
Nazre bin Abdul Rashid
SU (013-6226224 - whatsapp)
Isnin, 15 April 2013
Kempen Keahlian & Bayar Yuran PPDK
Di sepanjang April 2013, PPDK di bawah sekretariat ad-hoc yang dipengerusikan oleh Setiausahanya, Saudara Nazre akan melaksankan kempen di atas.
Ini bagi membolehkan PPDK mengemaskini data ahli dan seterusnya mengeluarkan nombor ahli secara rasmi kepada penduduk yang mendaftar.
Di samping itu kutipan kewangan dalam bentuk yuran keahlian atau pun bayaran bulanan diharap akan memberikan keselesaan untuk PPDK merancang program-program yang sememangnya perlukan tampungan dari segi kos kewangan selain usaha PPDK untuk mencari penajaan dari luar.
Bagi menjayakan kempen ini, wakil AJK PPDK telah dibahagi-bahagikan mengikut zon kawasan Desa Kenari. Senarai Zon dan wakil AJK boleh dilihat atau dimuat-turun di SINI.
Untuk itu, selepas ini, para penduduk boleh berhubung dengan wakil zon ini untuk sebarang urusan melibatkan PPDK
Diharapkan seluruh penduduk di Desa Kenari akan menyambut baik dan menyokong usaha ini.
Terima kasih.
Tahniah!
E-mel di bawah menerangkan berkenaan kejayaan Saudara Roszairi Haron. Beliau adalah warga Desa Kenari dan tinggal di Fasa 2 : No. 10, Jalan Kenari 3.
Semoga beliau terus cemerlang dan dapat menyumbang pula kepada Desa kita..InsyaAllah
![]() |
| Roszairi Haron |
*********************************************************************************
From: "Nurhayati Bt. Nasir" <nurhayati@upsi.edu.my>
To: "Kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris" <kakitangan@upsi.edu.my>
Cc: "Md Amin Md Taff" <md.amin@fsskj.upsi.edu.my>
Sent: Monday, April 8, 2013 12:04:30 PM
Subject: KEJAYAAN ATLIT UPSI DALAM KEJOHANAN PING PONG MAKSAK PERINGKAT NEGERI PERAK 2013
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan, saudara Roszairi Haron, Pensyarah Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik berjaya mengharumkan nama UPSI dengan menjadi Johan bagi dua kategori (Perseorangan dan Bergu Lelaki) dalam Kejohanan Ping Pong MAKSAK (Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia) Peringkat Negeri Perak 2013 yang telah pun berlangsung pada 6 sehingga 7 April 2013 di Dewan SRJK (C) Bercham, Ipoh. Beliau akan mewakili negeri Perak ke Kejohanan MAKSAK Kebangsaan di Sarawak pada Bulan Mei nanti. Tahniah dan syabas diucapkan.
Sekian untuk makluman. Terima kasih.
*********************************************************************************
Nota :
Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai berita yang ingin dikongsikan dan ia bersangkut-paut dengan Desa Kenari, sila e-mel ke desa.kenari@gmail.com
Terima kasih.
Selasa, 9 April 2013
Alhamdulillah, pada hari Khamis, 4 April 2013 yang lepas bertempat di rumah En. Nazre, PPDK telah berjaya menganjurkan Malam Jasamu Dikenang khusus bagi meraikan mantan AJK PPDK sesi 2011-2013 (termasuk AJK yang terlantik semula).
Pihak penyelaras program secara ad-hoc mewakili seluruh AJK PPDK sesi 2013-2015 ingin mengucapkan terima kasih kepada semua mantan AJK yang telah hadir. Kepada yang tidak hadir kami telah dimaklumkan berkenaan halangan tuan/puan sama ada bertugas atau pun berada di luar kawasan.
Diucapkan juga jutaan terima kasih kepada AJK yang telah menyumbang juadah :
Pengerusi, En. Jefri dengan juadah mee bandung. En. Nadri dan Kak Sharifah dengan Bubur Gandum. Ustaz Zaki bersedekah nasi himpit dan agar-agar cendol. Cikgu Kairul menyediakan air panas dan sejuk. En. Azhar menyumbang dua biji tembikai. En. Nazre dan En. Saiful menyediakan kelengkapan dan persiapan logistik. Manakala hidangan istimewa 300 cucuk sate disumbangkan oleh semua AJK.Semoga Allah membalas jasa baik semua dengan pahala berlipat-ganda.
Tidak lupa, tapau juga dibekalkan kepada para hadirin kerana juadah ada yang masih berbaki...itulah barakah kalau berkongsi juadah rupanya..
Akhir kata, semoga majlis tersebut mendapat keberkatan dari Allah dan terus mengeratkan ukhuwwah sesama kita.
Klik SINI untuk melihat gambar sekitar majlis.
Klik SINI untuk melihat Video.
Berita disediakan oleh :
Nazre @ Abu Fahmi
SU PPDK
2013-2015
Rabu, 3 April 2013
Bengkel Praktis Google Apps!
Google telah memperkenalkan beberapa aplikasi yang sangat berguna untuk membina bahan-bahan secara atas-talian (on-line) sejajar dengan perkembangan teknologi berasaskan web. Aplikasi Google bukan sahaja digunakan untuk Perniagaan tetapi juga menyokong pendidikan. Kefahaman terhadap aplikasi Google akan membuka minda para remaja untuk mendalami hal-ehwal dunia siber secara berintegrasi melibatkan Blog, Dokumentasi atas-talian seperti Kalendar, Laman web dan banyak lagi.
Untuk itu, Kelab Remaja Masjid At-Taqwa Kalumpang telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan bengkel tersebut dan turut menjemput para remaja Desa Kenari untuk hadir bersama-sama sebagaimana maklumat di bawah :
Tarikh : Sabtu, 6 April 2013.
Masa : 8.30am - 11.30am
Tempat : Masjid At-Taqwa, Kalumpang.
Peserta dialu-alukan untuk membawa notebook/tablet sendiri.
Bengkel ini akan dikendalikan oleh En. Nazre bin Abdul Rashid, Setiausaha PPDK.
Sekian. Dimaklumkan.

Selasa, 2 April 2013
Isnin, 1 April 2013
Jumaat, 29 Mac 2013
PROGRAM PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL 1 MALAYSIA KG. TITIWANGSA KALUMPANG.
Merujuk kepada perkara di atas, pihak JKKKP Kg. Gumut/Kg. Titiwangsa menjemput Pengerusi dan semua AJK PPDK untuk hadir sebagaimana butiran di bawah :
Tarikh : Sabtu, 30 April 2013
Masa : 5.00 petang
Lokasi : Gelanggang Futsal 1 Malaysia Kg. Titiwangsa, Kalumpang
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Pengerusi, En Jefri Zain (019-2460820)
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
Nazre
SU PPDK
* Surat rasmi boleh dibaca di ruangan Dokumen

Selasa, 26 Mac 2013
Gambar2 Rewang dan Majlis Tahlil di rumah En. Jefri Zain (Pengerusi PPDK) pada Sabtu malam Ahad, 23 Mac 2013.
Terima kasih diucapkan kepada En. Jefri sekeluarga, semoga bertambah rezeki dan segala doa yang dipohon dimakbulkan oleh Allah..
![]() |
| Kaum Hawa menjayakan aktiviti rewang. Turut serta Puan Rozana dan Cikgu Suliana, AJK PPDK |
![]() |
| Sembang2 sebelum Tahlil |
![]() |
| Menunggu tetamu-tetamu lain |
![]() |
| Wira2 DK |
![]() |
| Wirawati.. |
![]() |
| Ucapan dari Tuan Rumah |
![]() |
| Amin Ya Rabbal 'Alamin |
![]() |
| Jamuan/Makan time... |
![]() |
| Mantan Pengerusi PPDK turut hadir |
![]() |
| Orang kuat PROTON.. |
Terima kasih diucapkan kepada En. Jefri sekeluarga, semoga bertambah rezeki dan segala doa yang dipohon dimakbulkan oleh Allah..
Langgan:
Catatan (Atom)