Khamis, 15 Ogos 2013

Program Ziarah Syawal 1434H aka Baraan

Salam Syawal 1434H,

PPDK akan menganjurkan program ziarah rumah ke rumah bersempena sambutan Hari Raya di bulan Syawal 1434H. Untuk itu para penduduk yang ingin turut serta di minta untuk mendaftar secara :

SMS <nama> jarak <alamat> 

hantarkan ke 013-6226224 (whatsapp) sebelum Jumaat, 16 Ogos 2013.




Semoga amalan ini akan mengeratkan ukhuwwah kita di Desa Kenari

Buletin PPDK 2/2013 Ogos Raya

Buletin PPDK 2/2013 telah diedarkan sebelum cuti hari raya 1434H yang lepas. Walau bagaimanapun penduduk DK yang masih tidak mendapatkannya boleh memuat-turun versi pdf di ruangan Dokumen.

Terima kasih.




Blog PPDK - Kembali pulih...


Setelah mengalami gangguan connection buat beberapa lama. Blog PPDK telah berjaya dipulihkan dan akan diupdate seperti sebelumnya. Banyak cerita-cerita tertangguh  berkenaan DK dan PPDK yang akan dimuatkan. Terima kasih atas kesabaran anda!

Jumaat, 10 Mei 2013

SALAM Jumaat..

Semoga seluruh warga Desa Kenari sentiasa di bawah lembayung Allah di hari yang penuh barakah ini





Khamis, 9 Mei 2013

Notis Panggilan Mesyuarat PPDK 2/2013

Kepada : Semua AJK PPDK 2013-2015

Assalamu’alaikum wbt

Tuan/Puan/Encik/Cik,

Satu mesyuarat akan dilangsungkan seperti butiran di bawah :

Tarikh : Jumaat, 10 Mei 2013
Masa : 9.00 pm
Tempat : Darul Aqiq, No. 1, Jalan Kenari 1B/1 (Rumah SU)
 
Agenda :
1. Ucapan Pengerusi PPDK.
2. Pengesahan  Minit Mesyuarat PPDK 1/2013.
3. Perbincangan Memorandum Perlaksanaan Mesyuarat PPDK 1/2013.
4. Perbincangan Geran ROS.
5. Perbincangan Aktiviti Biro-biro.
6. Hal-hal lain.

 

Yang menjalankan tugas

Nazre bin Abdul Rashid
SU (013-6226224 - whatsapp)

Isnin, 15 April 2013

Kempen Keahlian & Bayar Yuran PPDK



Di sepanjang April 2013, PPDK di bawah sekretariat ad-hoc yang dipengerusikan oleh Setiausahanya, Saudara Nazre akan melaksankan kempen di atas.

Ini bagi membolehkan PPDK mengemaskini data ahli dan seterusnya mengeluarkan nombor ahli secara rasmi kepada penduduk yang mendaftar.

Di samping itu kutipan kewangan dalam bentuk yuran keahlian atau pun bayaran bulanan diharap akan memberikan keselesaan untuk PPDK merancang program-program yang sememangnya perlukan tampungan dari segi kos kewangan selain usaha PPDK untuk mencari penajaan dari luar.

Bagi menjayakan kempen ini, wakil AJK PPDK telah dibahagi-bahagikan mengikut zon kawasan Desa Kenari. Senarai Zon dan wakil AJK boleh dilihat atau dimuat-turun di SINI
Untuk itu, selepas ini, para penduduk boleh berhubung dengan wakil zon ini untuk sebarang urusan melibatkan PPDK

Diharapkan seluruh penduduk di Desa Kenari akan menyambut baik dan menyokong usaha ini. 

Terima kasih.



Tahniah!

E-mel di bawah menerangkan berkenaan kejayaan Saudara Roszairi Haron. Beliau adalah warga Desa Kenari dan tinggal di Fasa 2 : No. 10, Jalan Kenari 3.

Semoga beliau terus cemerlang dan dapat menyumbang pula kepada Desa kita..InsyaAllah


Roszairi Haron


*********************************************************************************

From: "Nurhayati Bt. Nasir" <nurhayati@upsi.edu.my>
To: "Kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris" <kakitangan@upsi.edu.my>
Cc: "Md Amin Md Taff" <md.amin@fsskj.upsi.edu.my>
Sent: Monday, April 8, 2013 12:04:30 PM
Subject: KEJAYAAN ATLIT UPSI DALAM KEJOHANAN PING PONG MAKSAK PERINGKAT NEGERI PERAK 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan, saudara Roszairi Haron, Pensyarah Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik berjaya mengharumkan nama UPSI dengan menjadi Johan bagi dua kategori (Perseorangan dan Bergu Lelaki) dalam Kejohanan Ping Pong MAKSAK (Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia) Peringkat Negeri Perak 2013 yang telah pun berlangsung pada 6 sehingga 7 April 2013 di Dewan SRJK (C) Bercham, Ipoh. Beliau akan mewakili negeri Perak  ke Kejohanan MAKSAK Kebangsaan di Sarawak pada Bulan Mei nanti. Tahniah dan syabas diucapkan.

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

*********************************************************************************

Nota :
Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai berita yang ingin dikongsikan dan ia bersangkut-paut dengan Desa Kenari, sila e-mel ke desa.kenari@gmail.com

Terima kasih.

Selasa, 9 April 2013



Alhamdulillah, pada hari Khamis, 4 April 2013 yang lepas bertempat di rumah En. Nazre, PPDK telah berjaya menganjurkan Malam Jasamu Dikenang khusus bagi meraikan mantan AJK PPDK sesi 2011-2013 (termasuk AJK yang terlantik semula).

Pihak penyelaras program secara ad-hoc mewakili seluruh AJK PPDK sesi 2013-2015 ingin mengucapkan terima kasih kepada semua mantan AJK yang telah hadir. Kepada yang tidak hadir kami telah dimaklumkan berkenaan halangan tuan/puan sama ada bertugas atau pun berada di luar kawasan.

Diucapkan juga jutaan terima kasih kepada AJK yang telah menyumbang juadah :

Pengerusi, En. Jefri dengan juadah mee bandung. En. Nadri dan Kak Sharifah dengan Bubur Gandum. Ustaz Zaki bersedekah nasi himpit dan agar-agar cendol. Cikgu Kairul menyediakan air panas dan sejuk. En. Azhar menyumbang dua biji tembikai. En. Nazre dan En. Saiful menyediakan kelengkapan dan persiapan logistik. Manakala hidangan istimewa 300 cucuk sate disumbangkan oleh semua AJK.Semoga Allah membalas jasa baik semua dengan pahala berlipat-ganda.

Tidak lupa, tapau juga dibekalkan kepada para hadirin kerana juadah ada yang masih berbaki...itulah barakah kalau berkongsi juadah rupanya..

Akhir kata, semoga majlis tersebut mendapat keberkatan dari Allah dan terus mengeratkan ukhuwwah sesama kita.

Klik SINI untuk melihat gambar sekitar majlis

Klik SINI untuk melihat Video.


Berita disediakan oleh :
Nazre @ Abu Fahmi
SU PPDK
2013-2015

Rabu, 3 April 2013

Bengkel Praktis Google Apps!


Google telah memperkenalkan beberapa aplikasi yang sangat berguna untuk membina bahan-bahan secara atas-talian (on-line) sejajar dengan perkembangan teknologi berasaskan web. Aplikasi Google bukan sahaja digunakan untuk Perniagaan tetapi juga menyokong pendidikan. Kefahaman terhadap aplikasi Google akan membuka minda para remaja untuk mendalami hal-ehwal dunia siber secara berintegrasi melibatkan Blog, Dokumentasi atas-talian seperti Kalendar, Laman web dan banyak lagi.

Untuk itu, Kelab Remaja Masjid At-Taqwa Kalumpang telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan bengkel tersebut dan turut menjemput para remaja Desa Kenari untuk hadir bersama-sama  sebagaimana maklumat di bawah :

Tarikh : Sabtu, 6 April 2013.
Masa : 8.30am - 11.30am
Tempat : Masjid At-Taqwa, Kalumpang.

Peserta dialu-alukan untuk membawa notebook/tablet sendiri.

Bengkel ini akan dikendalikan oleh En. Nazre bin Abdul Rashid, Setiausaha PPDK.

Sekian. Dimaklumkan.

Selasa, 2 April 2013

Pantang Larang dalam Hubungan Suami Isteri - Ustaz Kazim Elias


Semoga Allah memelihara seluruh keluarga dan memayungi semua penduduk Desa Kenari dengan payung rahmat-Nya.

Amin..

Isnin, 1 April 2013

JIRAN - Part I




Nukilan :
Ustaz Khairuddin bin Haiyon
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah
Unit Penerangan & Penerbitan
JAIS

Jumaat, 29 Mac 2013

PROGRAM PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL 1 MALAYSIA KG. TITIWANGSA KALUMPANG.

Merujuk kepada perkara di atas, pihak JKKKP Kg. Gumut/Kg. Titiwangsa menjemput Pengerusi dan semua AJK PPDK untuk hadir sebagaimana butiran di bawah :

Tarikh : Sabtu, 30 April 2013
Masa : 5.00 petang
Lokasi : Gelanggang Futsal 1 Malaysia Kg. Titiwangsa, Kalumpang

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Pengerusi, En Jefri Zain (019-2460820)

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Nazre
SU PPDK

* Surat rasmi boleh dibaca di ruangan Dokumen

Selasa, 26 Mac 2013

Gambar2 Rewang dan Majlis Tahlil di rumah En. Jefri Zain (Pengerusi PPDK) pada Sabtu malam Ahad, 23 Mac 2013.

Kaum Hawa menjayakan aktiviti rewang. Turut serta Puan Rozana dan Cikgu Suliana, AJK PPDK

Sembang2 sebelum Tahlil
Menunggu tetamu-tetamu lain
Wira2 DK
Wirawati..
Ucapan dari Tuan Rumah
Amin Ya Rabbal 'Alamin
Jamuan/Makan time...
Mantan Pengerusi PPDK turut hadir
Orang kuat PROTON..

Terima kasih diucapkan kepada En. Jefri sekeluarga, semoga bertambah rezeki dan segala doa yang dipohon dimakbulkan oleh Allah..

Rabu, 20 Mac 2013

Pukul 2.29pm hari ini mesej whatsapp diterima dari Abang Shamsudin Proton yang tinggal di Jalan 1B/1, berbunyi :

"Assalamu'alaikum. Emak saya telah kembali ke rahmatullah pagi tadi dan selamat di kebumikan jam 11.30am. Semoga roh ibu saya di tempatkan dlm golongan org2 beriman. Amin."












"Milik Allah apa yang Dia ambil. MilikNya jua apa yang Dia beri. Tiap sesuatu ada tempoh (ajal) disisiNya. Bersabarlah dan harapkan ganjaran Allah atas kesabaranmu itu"
(Hadis Takziah dari Majmu'ah Rasail karangan Imam Hassan Al-Banna).

Perkataan ini diucapkan kepada waris-waris orang yang meninggal dunia.


Takziah dari kami, seluruh warga Desa Kenari dan AJK PPDK.

Selasa, 19 Mac 2013

Assalamu'alaikum wbt

Sukacita dimaklumkan, Tuan Pengerusi PPDK, Encik Jefri Zain bin Nadzri sekeluarga dengan penuh takzim dan rendah diri menjemput tuan/puan penduduk Desa Kenari untuk sama-sama memeriahkan majlis kenduri tahlil arwah dan bacaan doa selamat seperti maklumat di bawah :

Tarikh : Sabtu, 23 Mac 2013
Masa : 9.00 malam
Alamat : No. 32, Jalan Kenari 1B/1

Semoga kehadiran kita semua akan menambah keberkatan dan seri majlis berkenaan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Jefri di talian  019-2460820.




UPDATED : Buletin PPDK Mac 2013 versi digital telah terbit. Sila download di ruangan Dokumen.

Buletin PPDK akan diterbitkan...tunggu!!

Penduduk Desa Kenari yang ingin memuatkan karya, berita, iklan mahupun cadangan berkenaan buletin bolehlah menghubungi Setiausaha PPDK, Nazre bin Abdul Rashid di talian 013-6226224 atau e-mel ke desa.kenari@gmail.com.

Harmoni.Serasi

Ahad, 17 Mac 2013

Tahniah kpd kaum ibu/wanita yang bersama-sama menjayakan majlis khatam Al-Quran, bermarhaban serta bergotong-royong di rumah Abg Jalil & Kak Yati.




Kaum bapa pun ada juga, kelihatan Pengerusi PPDK, En. Jefri Zain bersama En. Sharudin (Pen. Bendahari) bersama tuan rumah




Sabtu, 16 Mac 2013

Mesyuarat PPDK 01/2103

Alhamdulillah mesyuarat PPDK kali pertama untuk tahun 2013 melibatkan AJK baru yang telah dipilih pada Mesyaurat Agong ke-3 baru-baru ini telah selamat dilangsungkan pada Jumaat, 15 Mac 2013 jam 9.00 malam bertempat di No.1, Jalan Kenari 1B/1 (Rumah Setiausaha - En. Nazre).

Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk :

(1) Pembentukan Biro-biro
(2) Pembentukan Sekretariat Kempen Jom Jadi Ahli & Bayar Yuran
(3) Sistem Zon Desa Kenari
(3) Pelekat Kenderaan
(4) Projek penerusan dari AJK 2011-2013





Jumaat, 15 Mac 2013

Tadzkirah Jumaat - Penghulu Zikir

Antara zikir rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyid al-istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.



Maksudnya :

Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.

WAKTU DIBACA :

Selepas subuh dan selepas asar. (*Zikir ini terkandung dalam teks Al-Ma'thurat oleh As-Syahid Hassan AL-Banna - Admin)

KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANYA :

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. (riwayat Imam al-Bukhari).

Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya. - halaqah

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.


Sumber : Di sini 


Khamis, 14 Mac 2013

Kenduri Kesyukuran..

Dengan menyebut puji-pujian kepada Allah
Abg Jalil, Kak Yati dan seisi keluarga dengan penuh takzimnya menjemput semua penduduk Desa Kenari untuk bersama-sama menadah tangan, mengaminkan doa dan menjamah juadah yang disediakan bersempena kenduri kesyukuran di rumah beliau sepertimana maklumat berikut :

Tarikh : Ahad, 17 Mac 2013
Masa : 12.00 t/hari (Tahlil bermula)
Alamat : No.34, Jalan Kenari 1B (bersebelahan rumah Pengerusi PPDK - En. Jefri)

Semoga kehadiran semua tetamu jemputan akan menambah barakah atas majlis yang dirancangkan.
InsyaAllah.

Sebarang urusan sila hubungi Abg. Jalil/Kak Yati di talian 013-258 4593

Harmoni.Serasi

Rabu, 13 Mac 2013


Anda ada sesuatu untuk dinyatakan? Maklum-balas, Cadangan, Komentar, Aduan dan sebagainya?

Kami di PPDK bersedia untuk mendengar. 

Sila scroll ke bahagian bawah Blog untuk mengisi Borang On-Line.

Terima kasih atas keperihatinan anda! 

Selasa, 12 Mac 2013



Anda warganegara yang baik? Sudahkah anda melunaskan bayaran cukai pendapatan?

Untuk makluman sistem e-Filing LHDN telah mula dibuka mulai 1 Mac 2013.


Sekiranya anda menghadapai masalah seperti terlupa kata laluan, sila berhubung dengan pihak LHDN. Maklumat LHDN (Negeri Perak) boleh didapati di ruangan Dokumen pada blog ini. 

Boleh juga terus menghubungi Talian Terus Bantuan e-Filing 03-77136655

Jangan tunggu hingga masa kecederaan...Selamat Membayar Cukai 2012!

Isnin, 11 Mac 2013



Notis Panggilan Mesyuarat PPDK 1/2013

Mesyuarat pertama barisan AJK PPDK 2013-2015 akan diadakan sepertimana butiran di bawah :


Tarikh - Jumaat, 15 Mac 2013
Masa - 9.00 pm
Tempat -  Darul Aqiq, No. 1, Jalan Kenari 1B/1 (Rumah SU)

Semoga segala urusan berjalan dengan lancar.
Simbolik Penyerahan Tugas


Mantan Pengerusi PPDK 2011-2013, Ustaz Khairul Nizam Abdul Rashid (kiri) secara simbolik menyerahkan beg berisi dokumen berkaitan kepada Pengerusi PPDK 2013-2015, En. Jefry Zain sebagai tanda rasmi pertukaran kepimpinan.

Jasa mantan Pengerusi dan barisan kepimpinan yang lepas sentiasa dikenang dan selamat bertugas dengan penuh ikhlas kepada Pengerusi dan barisan AJK yang baru. Harmoni.Serasi!

Ahad, 10 Mac 2013

AJK PPDK 2013-2015

AJK PPDK 2013-2015


Duduk (kiri-kanan) : Pn. Wahidanoor (PKK2), En. Azilan (AJK), En. Jefry Zain (Pengerusi), En. Nazre (SU), Ustaz Zaki (Timb. Pengerusi), Cikgu Kairul (Bendahari), Cikgu Zuhaidi (PKK1)

Berdiri (kiri-kanan) : Pn. Sharifah (AJK), Cikgu Suliana (AJK), Pn. Rozana (AJK), En. Azuwam (Pen. SU), En. Azhar (AJK), En. Nadri (AJK), En. Saiful (AJK), En. Sharudin (Pen. Bendahari)
PPDK 2013-2015 
Pembuka Bicara..



Hari ini 10 Mac 2013 bermulanya perlantikan untuk AJK PPDK yang baru sesi 2013-2015.
Selamat Bertugas!