Isnin, 15 April 2013

Kempen Keahlian & Bayar Yuran PPDK



Di sepanjang April 2013, PPDK di bawah sekretariat ad-hoc yang dipengerusikan oleh Setiausahanya, Saudara Nazre akan melaksankan kempen di atas.

Ini bagi membolehkan PPDK mengemaskini data ahli dan seterusnya mengeluarkan nombor ahli secara rasmi kepada penduduk yang mendaftar.

Di samping itu kutipan kewangan dalam bentuk yuran keahlian atau pun bayaran bulanan diharap akan memberikan keselesaan untuk PPDK merancang program-program yang sememangnya perlukan tampungan dari segi kos kewangan selain usaha PPDK untuk mencari penajaan dari luar.

Bagi menjayakan kempen ini, wakil AJK PPDK telah dibahagi-bahagikan mengikut zon kawasan Desa Kenari. Senarai Zon dan wakil AJK boleh dilihat atau dimuat-turun di SINI
Untuk itu, selepas ini, para penduduk boleh berhubung dengan wakil zon ini untuk sebarang urusan melibatkan PPDK

Diharapkan seluruh penduduk di Desa Kenari akan menyambut baik dan menyokong usaha ini. 

Terima kasih.



Tahniah!

E-mel di bawah menerangkan berkenaan kejayaan Saudara Roszairi Haron. Beliau adalah warga Desa Kenari dan tinggal di Fasa 2 : No. 10, Jalan Kenari 3.

Semoga beliau terus cemerlang dan dapat menyumbang pula kepada Desa kita..InsyaAllah


Roszairi Haron


*********************************************************************************

From: "Nurhayati Bt. Nasir" <nurhayati@upsi.edu.my>
To: "Kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris" <kakitangan@upsi.edu.my>
Cc: "Md Amin Md Taff" <md.amin@fsskj.upsi.edu.my>
Sent: Monday, April 8, 2013 12:04:30 PM
Subject: KEJAYAAN ATLIT UPSI DALAM KEJOHANAN PING PONG MAKSAK PERINGKAT NEGERI PERAK 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan, saudara Roszairi Haron, Pensyarah Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik berjaya mengharumkan nama UPSI dengan menjadi Johan bagi dua kategori (Perseorangan dan Bergu Lelaki) dalam Kejohanan Ping Pong MAKSAK (Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia) Peringkat Negeri Perak 2013 yang telah pun berlangsung pada 6 sehingga 7 April 2013 di Dewan SRJK (C) Bercham, Ipoh. Beliau akan mewakili negeri Perak  ke Kejohanan MAKSAK Kebangsaan di Sarawak pada Bulan Mei nanti. Tahniah dan syabas diucapkan.

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

*********************************************************************************

Nota :
Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai berita yang ingin dikongsikan dan ia bersangkut-paut dengan Desa Kenari, sila e-mel ke desa.kenari@gmail.com

Terima kasih.

Selasa, 9 April 2013



Alhamdulillah, pada hari Khamis, 4 April 2013 yang lepas bertempat di rumah En. Nazre, PPDK telah berjaya menganjurkan Malam Jasamu Dikenang khusus bagi meraikan mantan AJK PPDK sesi 2011-2013 (termasuk AJK yang terlantik semula).

Pihak penyelaras program secara ad-hoc mewakili seluruh AJK PPDK sesi 2013-2015 ingin mengucapkan terima kasih kepada semua mantan AJK yang telah hadir. Kepada yang tidak hadir kami telah dimaklumkan berkenaan halangan tuan/puan sama ada bertugas atau pun berada di luar kawasan.

Diucapkan juga jutaan terima kasih kepada AJK yang telah menyumbang juadah :

Pengerusi, En. Jefri dengan juadah mee bandung. En. Nadri dan Kak Sharifah dengan Bubur Gandum. Ustaz Zaki bersedekah nasi himpit dan agar-agar cendol. Cikgu Kairul menyediakan air panas dan sejuk. En. Azhar menyumbang dua biji tembikai. En. Nazre dan En. Saiful menyediakan kelengkapan dan persiapan logistik. Manakala hidangan istimewa 300 cucuk sate disumbangkan oleh semua AJK.Semoga Allah membalas jasa baik semua dengan pahala berlipat-ganda.

Tidak lupa, tapau juga dibekalkan kepada para hadirin kerana juadah ada yang masih berbaki...itulah barakah kalau berkongsi juadah rupanya..

Akhir kata, semoga majlis tersebut mendapat keberkatan dari Allah dan terus mengeratkan ukhuwwah sesama kita.

Klik SINI untuk melihat gambar sekitar majlis

Klik SINI untuk melihat Video.


Berita disediakan oleh :
Nazre @ Abu Fahmi
SU PPDK
2013-2015

Rabu, 3 April 2013

Bengkel Praktis Google Apps!


Google telah memperkenalkan beberapa aplikasi yang sangat berguna untuk membina bahan-bahan secara atas-talian (on-line) sejajar dengan perkembangan teknologi berasaskan web. Aplikasi Google bukan sahaja digunakan untuk Perniagaan tetapi juga menyokong pendidikan. Kefahaman terhadap aplikasi Google akan membuka minda para remaja untuk mendalami hal-ehwal dunia siber secara berintegrasi melibatkan Blog, Dokumentasi atas-talian seperti Kalendar, Laman web dan banyak lagi.

Untuk itu, Kelab Remaja Masjid At-Taqwa Kalumpang telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan bengkel tersebut dan turut menjemput para remaja Desa Kenari untuk hadir bersama-sama  sebagaimana maklumat di bawah :

Tarikh : Sabtu, 6 April 2013.
Masa : 8.30am - 11.30am
Tempat : Masjid At-Taqwa, Kalumpang.

Peserta dialu-alukan untuk membawa notebook/tablet sendiri.

Bengkel ini akan dikendalikan oleh En. Nazre bin Abdul Rashid, Setiausaha PPDK.

Sekian. Dimaklumkan.

Selasa, 2 April 2013

Pantang Larang dalam Hubungan Suami Isteri - Ustaz Kazim Elias


Semoga Allah memelihara seluruh keluarga dan memayungi semua penduduk Desa Kenari dengan payung rahmat-Nya.

Amin..

Isnin, 1 April 2013

JIRAN - Part I




Nukilan :
Ustaz Khairuddin bin Haiyon
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah
Unit Penerangan & Penerbitan
JAIS